Ya, semua pakej umrah dan pelancongan kami termasuk tiket penerbangan, penginapan di hotel yang ditetapkan, serta perkhidmatan lain seperti mutawif dan pengangkutan.
Untuk kanak-kanak bawah 2 tahun (infant), harga adalah lebih rendah dan bergantung kepada syarat syarikat penerbangan. Untuk kanak-kanak 2-12 tahun, diskaun khas mungkin diberikan mengikut pakej yang dipilih.
Ya, pakej kami termasuk makanan di hotel atau restoran yang ditetapkan. Namun, pakej Al Iqtishadi tidak menyediakan makanan, kecuali jika ditambah sebagai pilihan.
Untuk pendaftaran umrah, anda perlu menyediakan: Salinan pasport yang masih sah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh perjalanan. Salinan kad pengenalan. 4 keping gambar berukuran pasport berlatar belakang putih. Buku suntikan meningitis (vaksin ACYW135).
Kami menerima pembayaran melalui: TUNAI – Bayar di pejabat kami. ONLINE TRANSFER – Melalui perbankan internet ke akaun syarikat. KAD KREDIT/DEBIT – (Tertakluk kepada caj tambahan).
Kami juga menyediakan perkhidmatan ziarah tambahan seperti lawatan ke Taif (untuk pakej tertentu), serta pengurusan khas bagi jemaah yang memerlukan bantuan peribadi seperti kerusi roda.
Anda boleh mendaftar secara dalam talian melalui butang “Daftar Online” di laman web kami atau menghubungi kami melalui WhatsApp. Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila kunjungi pejabat kami di Kota Kinabalu, Sabah.
Sekiranya anda ingin membatalkan tempahan, sila maklumkan kepada kami secepat mungkin. Polisi pemulangan bayaran bergantung kepada tempoh sebelum tarikh berlepas dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan serta hotel.
Setiap pakej mempunyai had bagasi tertentu mengikut syarat syarikat penerbangan. Jika anda ingin membawa lebih muatan, anda boleh membeli lebihan bagasi dengan caj tambahan.
Biasanya, proses permohonan visa umrah mengambil masa 7-14 hari bekerja, bergantung kepada kelulusan dari pihak Arab Saudi.
Ya, kami menawarkan pelan bayaran ansuran untuk pakej umrah dan pelancongan tertentu. Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai jadual pembayaran.
Ya, anda boleh memilih jenis bilik seperti berlima, berempat, bertiga atau berdua, bergantung kepada ketersediaan dan pakej yang dipilih.